Perkongsian

Miqat

Merupakan tempat bagi orang yang datang mengerjakan Umrah atau Haji tidak boleh keluar dari sini kecuali dalam keadaan berihram.

Sempadan-sempadan Miqat telah ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w dan sesiapa (dengan niat untuk mengerjakan Umrah atau Haji) yang keluar dari sempadan tersebut tanpa berihram akan dikenakan fidyah (penebusan).

“Dari Ibnu Abbas ia berkata: Rasulullah s.a.w telah menetapkan miqat bagi penduduk Madinah di Dzulhulaifah, bagi penduduk Syam di Juhfah, bagi penduduk Najd di Qarnul Manazil, dan bagi penduduk Yaman di Yalamlam. Tempat-tempat miqat ini adalah bagi penduduknya dan bagi orang yang datang dari mereka yang bukan dari penduduknya iaitu bagi orang yang ingin menunaikan Haji dan Umrah; dan barangsiapa tempat tinggalnya lebih dekat ke Mekah dari tempat-tempat miqat tersebut, maka dia memulai ihram dari tempat ia berada dan penduduk Mekah boleh memulai ihramnya (untuk Haji sahaja) dari Mekah.”

(H.R.Bukhari)

Talbiyah

Adalah digalakkan bagi muhrim untuk melafazkan “Talbiyah” dengan suara yang kuat seberapa banyak yang boleh dari mula berihram sehingga memulakan Tawaf di sekliling Ka’abah. Menurut sebuah hadith diriwayatkan oleh Bukhari, Rasulullah s.a.w lazimnya melafaz Talbiyah sebegini:

“Labbayka Allahumma labbayk Labbayka laa shareeka laka labbayk Innal-hamda wan-ni’mata laka wal mulk Laa shareeka lak”

 Aku penuhi panggilanMu ya Allah, aku penuhi panggilanMu. Tiada sekutu bagiMu, aku penuhi panggilanMu. Sesungguhnya segala puji, nikmat dan kerajaan hanyalah kepunyaanMu, dan tiada sekutu bagiMu.

 

 Hayati pengertian tatkala melafaznya.

PERINGATAN:

  • Suara seorang Wanita diperdengarkan HANYA sekadar boleh didengari oleh orang yang bersebelahan
  • Ingatlah bahawa Talbiyah merupakan jawapan anda mengishtiharkan bahawa anda telah datang memenuhi seruan Tuhan Maka JANGAN keberatan atau malas untuk terus menerus melafaznya.
  • Patuhi peraturan-peraturan Anda adalah tetamu Allah!

Tawaf

Apabila seseorang memasuki Masjid al Haram (masjid yang suci) atau mana-mana masjid, adalah afdal untuk melafazkan doa berikut:

“Bismillah wassalatu wassalamu ala Rasoolillah, A’oothu billahil A’dtheem, wa be waj’hihi al-Kareem, wa sultanihi al-qadeem, minashaytan irrajeem. Allahumma iftahly abwaaba rahmatik”

“Dengan nama Allah, salam dan selawat ke atas Rasulullah, aku mohon perlindungan Allah yang Maha Besar, wajahNya yang mulia dan kekuasaanNya yang azali daripada syaitan yang direjam. Ya Allah bukalah bagiku pintu-pintu rahmatMu.”

 

 Ia mesti dalam keadaan:

  1. Laungan talbiyah boleh dihentikan sebelum memulakan.
  2. Niat untuk tawaf (dan Sa’i) dilakukan dalam hati dan tidak dilafazkan.
  3. Adalah sunat bagi orang lelaki untuk tidak menutup bahu kanan mereka dari awal Tawaf hingga selesai mengerjakannya. Hanya pada waktu ini sahaja sepanjang Umrah seorang lelaki membiarkan bahu kanannya Di akhir pusingan ia harus menutup kedua-dua bahunya.
  4. Memulakan Tawaf di sudut Batu Hitam (Hajarul Aswad): Kucuplah jika berpeluang;
  5. Jika tidak, sentuhlah ia dengan mengisyaratkan dengan tangan kanan (istilam) dan cium tangan anda;
  6. Sekiranya masih tidak berpeluang, maka hadap Hajarul Aswad dengan mengangkat tangan kanan anda SATU KALI sahaja ke arahnya (JANGAN mengucup tangan anda); sebut sekali sahaja:

PERINGATAN PENTING:

Jika seseorang tidak dapat menyentuh Batu Hitam, pahala Umrahnya sedikit pun TIDAK berkurangan, tetapi jika dia menolak dan merempuh para saudara Islamnya yang lain hanya untuk menyentuhnya, maka perbuatannya bakal tidak diredhai Allah Yang Maha Besar.

Adalah disyorkan bagi jemaah lelaki untuk raml (berlari-lari kecil) pada tiga pusingan awal di sekeliling Ka’abah dan seterusnya berjalan seperti biasa bagi empat pusingan Berlari anak tidak perlu dilakukan jika anda khuatir akan mengganggu orang lain atau mungkin menyebabkan risiko kehilangan jemaah perempuan di bawah penjagaan anda dalam kalangan jemaah yang ramai.

BACAAN ANTARA RUKUN YAMANI DAN HAJARUL ASWAD

Sampai sahaja di Rukun Yamani (sudut selatan), sentuhnya dengan tangan kanan anda (istilam) lalu lafazlah:

Jangan mengucupnya. Jika anda tidak dapat, kerjakan solat 2ua raka’at.