Perkongsian

Sa’ie

Jumlah bilangan pusingan Sa’i adalah 7 kali (jumlah 2,76 km) . Gambarajah berikut menunjukkan bagaimana Sa’I dilaksanakan (bermula dari Safa):

BACAAN DI SAFA DAN MARWAH

  1. Maju ke  depan apabila anda menghampiri Safa adalah Sunnah untuk menyebut:
“Sesungguhnya Safa dan Marwah merupakan sebahagian syiar (Agama) Allah.”

 

2. Di ikuti dengan sebutan:

“Aku memulai dengan apa yang dimulai oleh Allah.”

 

  1. Ambil perhatian bahawa kedua-dua bacaan di atas hanya perlu disebut SEKALI sahaja, iaitu pada permulaan Sa’I dan bukan permulaan
  2. Apabila mendaki Safa, naiklah ke atas sehingga nampak Ka’abah (jika boleh) lalu Adalah sunnah untuk menyebut bacaan berikut 3 kali mengangkat tangan seperti berdoa, dan bukan menggunakan telapak tangan menghadap Ka’abah. Selain itu, jangan mengisyaratkan tangan ke Ka’abah sebagaimana pada masa Tawaf.

Di antara bacaan 3 kali tersebut, anda boleh membuat doa anda sendiri (iaitu membaca yang berikut; berdoa; baca yang berikut; berdoa; baca yang berikut):

Alhamdu lillah, wa laa ilaaha illallah, wallahu Akbar, Laa ilaaha illallahu wahdahu laa shareeka lahu, lahulmulku wa lahulhamdu, yuhyee wa yumeetu wa hua’alaa kulli syay’in qadeer, laa ilaaha ilallahu wahdahu, anjaza wa’dah wa nasara a’bdahu, wa hazamal ahzaaba wahdah

“Segala puji bagi Allah, tiada sekutu bagi-Nya, hanya bagi-Nya segala kerajaan dan hanya bagi-Nya segala puji dan Dia menghidupkan dan mematikan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tiada sembahan yang haq melainkan Dia, tiada sekutu bagi-Nya, yang menepati janji-Nya, yang memenangkan hamba-Nya dan yang menghancurkan golongan-golongan (kafir) tanpa dibantu siapa pun.”

 

  1. Jalanlah menuju Marwah. Apabila anda tiba pada lampu hijau yang bercahaya, jemaah lelaki harus berlari anak (jika boleh), sehingga ke lampu hijau yang berikutnya. Jemaah perempuan TIDAK harus berlari. Jemaah lelaki harus elak berlari laju jika khuatir para wanita yang mereka temani akan hilang dalam kalangan jemaah
  2. Tidak terdapat doa khusus semasa Sa’i atau di antara dua lampu hijau, namun anda boleh berdoa dan berzikir apa yang anda suka. Adalah baik juga untuk membaca Al- Quran semasa Sa’i. Rasulullah (s) tidak menetapkan sebarang doa semasa Sa’i, tetapi dikatakan bahawa Ibn Masood dan Ibn Umar () pernah berkata:
“Ya Tuhanku, ampunilah dan berilah rahmat daku, sungguh Engkau Maha Kuat lagi Maha Mulia”

 

 PERHATIAN:

Bacaan ini TIDAK dikhususkan lafaznya untuk mana-mana tempat tertentu.

  1. Sebaik saja tiba di Marwah, lengkaplah pusing pertama. Sekali lagi naiklah ke Marwah, sambil menghadaplah ke Ka’abah, dan disyorkan untuk lakukan sebagaimana telah diucapkan di Safa.
  2. Bergerak kembali ke Safa (sekali lagi jemaah lelaki berlari anak di lampu hijau, jika boleh). Kini selesai dua pusingan.
  3. Ulangi tatacara ini di Safa dan Marwah sehingga anda mengakhirinya di Marwah, iaitu pusingan ketujuh anda. Tiada doa dipenghujung pusingan ketujuh di Marwah.
  4. Kini Sa’ie selesai.

PERINGATAN:

Adalah lebih baik jika Sa’i dilakukan dalam keadaan berwudhu, tetapi dibolehkan untuk melakukan TANPA berwudhu.