Perkongsian

Ibadah Umrah

Umrah adalah suatu ibadah yang disyariatkan. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak perlu mengerjakan haji bersama. Namun, apabila anda mengerjakan ibadat Haji, ibadat pertama yang lazim anda akan laksanakan adalah umrah.

Bagi semua ibadat dan langkah-langkah yang terperinci untuk mengerjakan Tawaf dan Sa’I, sila rujuk kembali halaman-halaman terdahulu di bawah tajuk-tajuk yang berkaitan.

“Umrah ke umrah adalah penghapus dosa antara keduanya, dan Haji yang mabrur tidak ada pahala baginya selain Syurga.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Terdapat empat rukun Umrah dan jemaah WAJIB menyelesaikan semua langkah yang telah disyariatkan dalam susunan berikut:

Berihram dengan niat yang betul:

“Labbayka Allahumma Umrah”

Aku penuhi panggilanMu Ya Allah

Mengerjakan Tawaf (termasuk solat dua raka’at setelah Tawaf).

Mengerjakan Sa’ie (7 pusingan).

Mencukur rambut.

Sebaik sahaja anda telah mencukur rambut, anda bebas dari keadaan berihram dan lengkaplah Umrah. Anda kini boleh memakai pakaian biasa.

Ihram

“Hendaklah salah seorang dari kalian berihram dengan menggunakan izar (sarung yang menutupi anggota bahagian bawah) dan rida (kain yang menutupi anggota bahagian atas) serta sepasang sandal.”(H.R. Ahmed)

 ADAB SEMASA IHRAM BAGI LELAKI

Apabila dalam keadaan berihram, anda harus beri perhatian pada hal-hal berikut:

1. Ghusl

Adalah disyorkan untuk melakukan ghusl, iaitu mandi sepertimana anda akan bersuci daripada junub (hadas yang utama).

2. Wangi-Wangian

Adalah disyorkan bagi orang lelaki untuk mewangikan kepala dan janggutnya kecuali pakaiannya. Menurut Bukhari dan Muslim daripada Aishah r.a yang berkata:

“Aku memakaikan Rasulullah s.a.w wangi-wangian untuk ihram sebelum beliau mula berihram.”

 PERHATIAN: TERPAKAI BAGI LELAKI SAHAJA

Wanita dilarang keras menggunakan wangi-wangian bila berada dalam kalangan orang lelaki yang bukan mahramnya. (Mahram bagi seseorang wanita adalah suaminya atau seseorang lelaki yang kekal tidak boleh dinikahinya kerana pertalian persaudaraan darah, perkahwinan, atau penyusuan. Contoh mahram adalah saudara- saudara lelaki, bapa dan bapa saudara. Ipar atau sepupu-sepupu BUKAN mahram!)

3. Dandanan

Adalah disyorkan untuk mencukur bulu ketiak, bulu ari-ari dan memotong kuku tangan dan kaki.

“Anas bin Malik r.a mengatakan Rasulullah s.a.w telah membatas waktu untuk mencukur kumis dan memotong kuku, mencabut bulu ketiak, dan mencukur bulu kemaluan, tidak dibiarkan lebih dari 40 hari.”(H.R. Muslim)

4. Pakaian

Lelaki mesti memakai dua helai sarung bersih, sebaiknya putih. Tidak memakai seluar dalam mahupun penutup kepala.

5. Sepatu

Adalah disyorkan bagi lelaki memakai kasut yang tidak menutup tumit sebagaimana Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Dia tidak boleh memakai baju, celana, seluar, penutup kepala dan sepatu kecuali seseorang yang tidak memiliki sandal, ia boleh menggunakan sepatu, namun hendaknya ia memotong bahagian yang lebih bawah dari mata kaki.”(H.R. Bukhari)

 Adab-adab berikut disarankan bagi lelaki untuk dituruti semasa berihram.

  • Elakkan berjalan ke sana sini dengan memakai hanya kain ihram bahagian
  • Pastikan bahu kanan anda ditutup setiap masa (kecuali semasa tawaf).
  • Elakkan melibas hujung kain ihram bahagian atas ke bahu anda kerana mungkin akan terkena muka orang di belakang anda.
  • Cuba jaga pakaian ihram agar tetap dalam keadaan bersih dan tidak menggunakannya sebagai kain untuk mengelap tangan.
  • Duduklah dengan sopan, terutamanya tatkala berada di atas anak tangga agar tidak terdedah bahagian badan anda. Ini disebabkan anda belum biasa dalam keadaan tanpa berseluar dalam maka kemungkinan anda mudah terdedahkan bahagian anggota sulit anda. Ini sering terjadi semasa duduk di anak tangga dalam kawasan al-Haram.

6. Wanita

Wanita bebas untuk memakai pakaian kesukaannya kecuali pakaian yang menarik perhatian kaum lelaki ataupun yang menyerupai lelaki. Mereka juga tidak boleh memakai sarung tangan dan juga niqab.

Niat

Bagi membolehkan diri dalam keadaan berihram, adalah disyorkan bagi orang tersebut melafazkan niat yang sesuai ketika menaiki kenderaan (atau di tempat miqat, mana-mana yang lebih afdal):

 Tidak ada solat sunat khusus (2 raka’at) dalam Sunnah untuk dilakukan setelah berpakaian ihram atau yang berkaitan dengan ihram.

Sebelum melafazkan niat seseorang dianggap belum menjadi seorang muhrim (iaitu dalam keadaan berihram) walaupun ianya telah berpakaian ihram. Hanya setelah melafazkan niat maka seseorang itu menjadi seorang muhrim dan seterusnya larangan-larangan diwajibkan ke atasnya. Wajib mengeluarkan fidyah sekiranya mana-mana larangan dilanggar secara sengaja.

NIAT IHRAM BERSYARAT (ISHTIRAT)

Jika semasa berada dalam keadaan berihram seseorang jemaah khuwatir dirinya terkena sesuatu penyakit atau lain-lain hal yang mungkin menghalangnya dari mengerjakan Umrah, maka dia boleh melafazkan suatu ungkapan niat bersyarat (ishtirat) kepada Allah yang berbunyi:

“Maka, apabila ada sesuatu yang menghalangi aku, maka tempatku adalah di tempat Engkau menahanku.”

Niat ihram bersyarat tidak dianjurkan jika dalam keadaan aman. Hal ini adalah berdasarkan saranan Rasulullah s.a.w pada Dhuba’ah binti Al-Zubair untuk melafazkan niat bersyarat itu tatkala dia mengadu sakit.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Walaubagaimanapun, saya mengesyorkannya bagi jemaah wanita yang ada tanda-tanda atau menjangka mereka akan didatangi haid dan dengan itu akan menghalang mereka dari menyelesaikan Umrah mereka. Perincian tentang pelbagai situasi dan garis panduan berkaitan haid boleh dirujuk dalam tiga buku haji saya (Getting the Best Out of Hajj). Sekadar untuk menegaskan, jemaah wanita yang berhaid MESTI juga dalam keadaan berihram di sempadan miqat.

Kelebihan melafazkan ihram bersyarat ini ialah apabila seseorang menghadapi rintangan yang menghalangnya untuk menyelesaikan Umrah, maka ia dibolehkan untuk bertahallul, iaitu untuk menamatkan Umrahnya lebih awal tanpa membayar fidyah, dengan menyembelih seekor kambing. Seseorang muhrim mesti mencukur atau memotong rambut agar bebas dari keadaan berihram.

LARANGAN KETIKA IHRAM

Kaum lelaki TIDAK BOLEH memakai pakaian yang diolah untuk menyarungi bahagian- bahagian anggota badannya, contohnya seluar, kemeja, dan lain-lain. Salah anggapan yang lazim adalah lelaki tidak boleh memakai pakaian yang berjahit atau berselipar. Namun, ini tidak mempunyai asas dalam Sunnah, kerana ia merupakan isu sarungan dan bukannya jahitan. Maka, perlu dihindarkan dari memakai kain ihram bahagian atas yang mempunyai stud kerana ia kadangkala menjadi pakaian yang bersarungan. Selain itu, boleh memakai sebarang selipar atau kasut yang ada jahitan selagi ianya tidak menutupi bahagian buku lali.

Kaum lelaki TIDAK BOLEH memakai sebarang seluar dalam atau penutup kepala.

Walaupun jemaah wanita boleh memakai apa yang disukainya, tetapi mereka:

  • TIDAK BOLEH memakai sarung tangan atau penutup wajah yang terbuka di bahagian mata (niqab). Jika mereka lazim memakai niqab bila berada dalam kalangan bukan mahram, mereka dibolehkan menutup wajah dengan berniqab penuh. Niqab penuh itu tidak perlu beralaskan topi besbol kerana perkara kecil sahaja jika kain penutup itu menyentuhi muka.
  • TIDAK BOLEH memakai wanigan, ataupun sebarang bahan yang wangi (syampu, sabun, dan lain-lain lagi).
  • TIDAK BOLEH memotong kuku atau
  • TIDAK BOLEH bernikah, menikahkan orang lain, maupun
  • TIDAK BOLEH melakukan sebarang perbuatan yang membangkitkan syahwat atau menikmati sebarang hubungan kelamin.
  • TIDAK BOLEH memburu atau terlibat dalam
  • TIDAK BOLEH melakukan perbuatan yang Allah larang, seperti
  • TIDAK BOLEH melibatkan diri dalam perbualan kosong atau perbalahan, perkelahian dan pentengkaran.
PERBUATAN YANG DIBOLEHKAN KETIKA IHRAM
  • BOLEH memakai jam tangan, cermin mata, alat bantuan mendengar, tali pinggang bersaku, cermin mata hitam, dan lain-lain.
  • BOLEH mandi atau bersihkan diri dengan sabun yang tidak berbau wangi tetapi basuh dan gosok kepala dan juga badan dengan perlahan, walaupun ada sedikit rambut gugur.
  • BOLEH menukar pakaian ihram lama dengan yang baru. Menukar pakaian ihram tidak membatalkan keadaan berihram. Bilamana telah berniat untuk berihram dan hanya memotong rambut akan membebaskan dari berihram.
  • BOLEH memotong rambut orang lain selain rambut diri sendiri untuk membebaskan dari berihram.
  • BOLEH mengambil tempat untuk berteduh, sama ada dalam kenderaan, di bawah payung, atau dalam bangunan.