Privacy Policy

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (UNTUK PELANGGAN SAHAJA)
Irkaz Travel & Tours Sdn Bhd (“ITT”) menghormati dan adalah komited dalam melindungi data peribadi anda. Notis ini menggariskan cara ITT mengumpul, menggunakan, menyimpan dan mendedahkan data peribadi anda berhubung dengan transaksi komersial serta cara ITT melindungi data peribadi anda.

Terma-terma yang terdapat di dalam Notis Perlindungan Data Peribadi ini (“Notis”) seperti “data peribadi”, “pemprosesan”, “transaksi komersial”, dan juga “orang yang berkaitan” membawa makna yang sama sepertimana yang dinyatakan di dalam Akta Perlindungan Data Peribadi, 2010 (“Akta”). Untuk tujuan Notis ini, ungkapan “ITT” atau “kami” adalah merujuk kepada ITT termasuk mana-mana pejabat cawangannya di Malaysia dan negara lain (atau dalam konteks yang diperlukan, salah satu daripadanya), manakala ungkapan “anda” adalah merujuk dan merangkumi pelanggan, bakal pelanggan atau Pihak-Pihak Ketiga seperti yang diertikan dibawah (atau dalam konteks yang diperlukan, salah satu daripadanya) yang berkaitan dengan pelanggan atau bakal pelanggan yang menerima dan/atau mendapatkan produk dan/atau perkhidmatan dari ITT.

JENIS-JENIS DAN SUMBER DATA PERIBADI DAN KEBENARAN PEMPROSESAN
Data peribadi yang diberikan secara sukarela oleh anda di dalam borang-borang kami, perjanjian, laman sesawang dan/atau lain-lain dokumen yang sehubungan dengannya mungkin mengandungi maklumat termasuklah tetapi tidak terhad kepada nama anda, gelaran, tarikh lahir, nombor kad pengenalan/nombor pasport, nama dan maklumat majikan/syarikat, alamat rumah dan/atau pejabat, nombor telefon (seperti nombor telefon bimbit, telefon pejabat dan/atau telefon rumah), nombor faksimili, alamat e-mel, pekerjaan, umur, jantina, status hubungan/perkahwinan, bangsa, kewarganegaraan, agama, maklumat mengenai tanggungan (seperti hubungan mereka dengan anda, nama, alamat dan nombor telefon, nombor kad pengenalan/nombor pasport, tarikh lahir, umur, jantina), maklumat kesihatan peribadi (termasuk sejarah dan maklumat perubatan) dan imej (seperti gambar foto) (secara kolektifnya “Data Peribadi”). Dengan memberikan Data Peribadi anda secara sukarela, anda memberi kebenaran untuk kami mengumpul, menggunakan dan memproses Data Peribadi anda.

Anda dengan ini mengakui bahawa Data Peribadi yang diberikan oleh anda adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini dan Data Peribadi tersebut adalah perlu bagi kami untuk kami memberikan perkhidmatan kepada anda dan untuk mewujudkan transaksi komersial diantara anda dan kami. Sekiranya anda memilih untuk tidak memberikan Data Peribadi tersebut ataupun sekiranya Data Peribadi tersebut adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan dan/atau tidak terkini, ITT mungkin tidak dapat memberikan kepada anda sama ada (i) perkhidmatan yang dikehendaki, atau (ii) tahap perkhidmatan yang dikehendaki.

Data Peribadi yang diproses oleh kami mungkin akan termasuk Data Peribadi pihak ketiga (seperti orang yang berkaitan, tanggungan dan/atau waris terdekat) (“Pihak-Pihak Ketiga”) yang diberikan oleh anda kepada kami. Notis ini adalah terpakai kepada Pihak-Pihak Ketiga tersebut dan anda dengan ini mengaku dan menjamin kepada ITT bahawa (i) Pihak-Pihak Ketiga tersebut telah memberikan kebenaran, atau (ii) anda mempunyai kuasa atau telah diberikan kuasa untuk bertindak dan memberikan kebenaran bagi Pihak-Pihak Ketiga tersebut, untuk memberikan Data Peribadi mereka kepada ITT bagi tujuan pemprosesan dan pendedahan sepertimana yang dinyatakan dalam Notis ini dan anda mengakujanji untuk memberikan salinan Notis ini kepada mereka. Pemberian Notis ini kepada anda adalah dianggap sebagai notis yang diberikan kepada, dan kebenaran telah diperolehi daripada, Pihak-Pihak Ketiga yang tersebut.

Anda mempunyai pilihan, pada bila-bila masa, untuk tidak memberikan Data Peribadi anda (termasuk Data Perbadi Pihak-Pihak Ketiga), atau menarik balik persetujuan anda untuk membenarkan ITT memproses Data Peribadi tersebut. Walau bagaimanapun, kegagalan memberikan Data Peribadi tersebut atau tindakan anda menarik balik persetujuan anda untuk memproses Data Peribadi yang diberikan mungkin mengakibatkan ITT tidak dapat menyediakan produk dan perkhidmatan kepada anda (i) sama sekali jika Data Peribadi tersebut wajib diberikan, atau (ii) secara berkesan dan berterusan bagi apa-apa Data Peribadi yang tidak wajib diberikan. Perkara diatas akan juga terpakai berkaitan Data Peribadi Pihak-Pihak Ketiga.

TUJUAN PENGUMPULAN DAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI
Kami akan memproses Data Peribadi yang berkaitan dengan transaksi komersial bagi tujuan-tujuan yang berikut:

  • untuk memproses pakej dan perkhidmatan Umrah, pelancongan dan/atau tiket yang telah diminta oleh anda;
  • untuk memproses persiapan perjalanan, visa, penginapan hotel, persiapan penerbangan dan pengangkutan;
  • untuk menyelenggara akaun anda dengan kami dan berhubung dengan anda mengenai akaun anda atau pakej dan perkhidmatan Umrah atau pelancongan dan/atau tiket yang telah diminta oleh anda;
  • untuk memastikan identiti anda, memberikan respon kepada permohonan, mengemaskini rekod anda, memudahkan proses pembayaran yang berkaitan dengan pelanggan, memproses bayaran dan invois, resit, memungut hutang, memberikan produk atau perkhidmatan yang diminta dalam menjalankan perjalanan biasa urusan kami;
  • untuk menubuhkan dan menguruskan pengurusan rekod dalaman ITT;
  • untuk memulakan prosiding mendapatkan semula hutang terhadap pengingkar bayaran;
  • untuk melaporkan data peribadi kepada pihak berkuasa yang berkenaan dan / atau pihak ketiga yang berkenaan di bawah undang-undang yang berkenaan dengan industri pelancongan;
  • untuk menjalankan penyelidikan dan analisa dalam untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kami;
  • untuk mentadbir dan memberi maklum balas kepada permintaan, pertanyaan, aduan dan isu-isu undang-undang;
  • untuk memasarkan, mengiklankan dan berhubung dengan anda mengenai produk dan perkhidmatan kami atau apa-apa acara dan/atau promosi;
  • untuk mematuhi kewajipan undang-undang dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh ITT dalam menjalankan perniagaannya;
  • untuk tujuan pendidikan dan latihan dalaman;
  • untuk siasatan dalaman, tujuan audit atau keselamatan;
  • untuk menguatkuasakan hak-hak dan kewajipan-kewajipan dibawah kontrak dan undang-undang;
  • untuk apa-apa tujuan lain yang perlu bagi atau berhubungan secara langsung dengan tujuan-tujuan yang telah dinyatakan di atas.

Sekiranya ada tujuan pemprosesan Data Peribadi anda selain daripada tujuan-tujuan yang dinyatakan diatas, kami akan memaklumkan kepada anda dan mendapatkan persetujuan anda secara bertulis terlebih dahulu sebelum pemprosesan tersebut dilakukan.

PENDEDAHAN DATA PERIBADI (DI DALAM DAN/ATAU DI LUAR MALAYSIA)
Data Peribadi anda adalah dirahsiakan. Akan tetapi, untuk membolehkan kami memberikan perkhidmatan-perkhidmatan yang anda perlukan, Data Peribadi anda akan didedahkan atau mungkin akan didedahkan kepada pihak-pihak yang tertentu. Anda dengan ini memberi kebenaran dan kuasa kepada kami untuk mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak seperti yang berikut (dalam dan/atau di luar Malaysia) kepada:

  • Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa atau badan yang mempunyai kuasa atau bidang kuasa yang ditubuhkan oleh Kementerian tersebut dan lain-lain jabatan kerajaan yang berkenaan seperti Jabatan Imigresen Malaysia;
  • Hotel, syarikat penerbangan, pengendali lapangan (ground operator), syarikat insuran, pembekal perkhidmatan atau pihak ketiga yang dilantik oleh kami untuk memberikan perkhidmatan kepada anda bagi pihak kami;
  • Pihak ketiga yang dilantik oleh kami untuk menyediakan perkhidmatan kepada kami atau bagi pihak kami (seperti juruaudit dan peguam);
  • Pihak-Pihak Ketiga seperti yang dinyatakan dalam mana-mana borang-borang kami, perjanjian dan/atau lain-lain dokumen yang berkaitan dengannya;
  • Pihak-pihak yang berkenaan dimana pendedahan Data Peribadi kepada mereka telah dikehendaki dibawah undang-undang, perintah mahkamah atau badan kawal selia atau dalam mematuhi proses undang-undang yang berkenaan;
  • Kerajaan atau kedutaan negara luar yang berkenaan bagi tujuan pemprosesan visa, permit atau kebenaran perjalanan;
  • Agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang, termasuk polis tempatan.

Sekiranya terdapat pihak-pihak ketiga yang lain selain daripada pihak-pihak yang dinyatakan diatas bagi tujuan pendedahan Data Peribadi anda, kami akan memaklumkan kepada anda tentang tujuan pendedahan dan kepada siapa Data Peribadi anda akan didedahkan, dan mendapatkan persetujuan anda secara bertulis terlebih dahulu sebelum apa-apa pendedahan dilakukan.

Sekiranya Data Peribadi anda dipindahkan kepada mana-mana tempat di luar Malaysia, kami akan memastikan bahawa Data Peribadi anda akan diproses mengikut peruntukan-peruntukan Akta dan undang-undang perlindungan data peribadi yang berkuatkuasa di negara dimana Data Peribadi anda dipindahkan jika ada. Sekiranya tiada undang-undang perlindungan data peribadi yang berkuatkuasa di negara dimana Data Peribadi anda dipindahkan atau undang-undang perlindungan data peribadi yang ada di negara tersebut memberikan perlindungan yang kurang berbanding perlindungan yang diberikan dibawah Akta, kami akan memastikan bahawa Data Peribadi anda tidak akan diproses dengan cara yang melanggar peruntukan-peruntukan Akta.

PENYIMPANAN DATA PERIBADI
Kami hanya akan menyimpan Data Peribadi anda selama mana yang perlu untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan atau untuk mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan serta keperluan dalaman mengikut polisi penyimpanan data peribadi kami. Selepas itu, kami akan memusnahkan atau menghapuskan terus Data Peribadi anda.

HAK AKSES DAN/ATAU MEMBETULKAN DATA PERIBADI
Anda berhak untuk:

  • menyemak sama ada kami menyimpan Data Peribadi anda dan meminta akses pada masa yang sama;
  • membetulkan apa-apa Data Peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap dan yang tidak terkini;
  • menarik balik kebenaran untuk kami memproses Data Peribadi anda (sama ada secara sepenuhnya atau sebahagiannya) melalui notis bertulis, tertakluk kepada syarat-syarat kontrak dan juga sebarang sekatan undang-undang;
  • berhubung dengan kami untuk membuat bantahan sekiranya Data Peribadi anda digunakan bagi tujuan pemasaran.

Sekiranya anda ingin meminta akses atau membuat pembetulan ke atas Data Peribadi anda atau menghadkan Data Peribadi anda dari diproses, segala pertanyaan atau aduan boleh dikemukakan pada:

Irkaz Travel & Tours Sdn Bhd
L01-05 , Menara UOA Bangsar , 5, Jalan Bangsar Utama 1, 59000 Kuala Lumpur
Tel: 603 27010100
E-mel: salam@irkaztravel.com

Anda dikehendaki membuat sebarang permintaan di dalam bentuk tulisan atas sebab-sebab keselamatan dan bagi tujuan pengesahan. Selaras dengan Akta, kami akan mengenakan fi seperti yang ditetapkan di dalam Akta, terhadap sebarang permintaan mengakses Data Peribadi yang diminta oleh anda.

Sekiranya kami menolak permohonan anda untuk mengakses dan/atau membuat pembetulan pada Data Peribadi anda, sebab-sebab penolakan permohonan akan diberitahu kepada anda.

PERUBAHAN PADA DATA PERIBADI
Kami adalah diwajibkan dibawah Akta untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda adalah tepat, lengkap dan terkini. Oleh itu, sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada Data Peribadi anda, anda perlu menghubungi kami secara terus melalui butiran untuk dihubungi yang dinyatakan di atas.

PENGUBAHSUAIAN PADA NOTIS
Kami akan menyemak dan mengemaskini Notis ini dari semasa ke semasa, berdasarkan perubahan yang dilakukan di dalam Akta. Versi Notis yang paling baharu akan disediakan kepada anda sekiranya anda membuat permintaan di alamat yang dinyatakan di atas atau ianya juga boleh didapati di laman sesawang kami iaitu www.irkaztravel.com. Penerimaan dan/atau pemerolehan perkhidmatan-perkhidmatan daripada kami oleh anda dan/atau penggunaan laman sesawang kami oleh anda secara berterusan selepas apa-apa pengubahsuaian atau pengubahan pada Notis ini adalah menandakan penerimaan anda terhadap pengubahsuaian atau pengubahan pada Notis ini.

PERSONAL DATA PROTECTION POLICY

PERSONAL DATA PROTECTION NOTICE (FOR CUSTOMERS ONLY)

Irkaz Travel & Tours Sdn Bhd (“ITT”) respects and is committed to protecting your personal data. This notice outlines how ITT collects, uses, stores, and discloses your personal data in connection with commercial transactions, as well as how ITT protects your personal data.

The terms in this Personal Data Protection Notice (“Notice”), such as “personal data,” “processing,” “commercial transaction,” and “related party,” carry the same meanings as stated in the Personal Data Protection Act 2010 (“Act”). For the purpose of this Notice, the expression “ITT” or “we” refers to ITT, including any of its branch offices in Malaysia and other countries (or, where applicable, any one of them), while the expression “you” refers to and includes customers, prospective customers, or Third Parties as defined below (or, where applicable, any one of them) who are related to customers or prospective customers who receive and/or procure products and/or services from ITT.

TYPES AND SOURCES OF PERSONAL DATA AND CONSENT FOR PROCESSING
The personal data voluntarily provided by you in our forms, agreements, website, and/or other related documents may include, but are not limited to, your name, title, date of birth, identification card/passport number, employer/company name and information, home and/or office address, telephone numbers (such as mobile, office, and/or home numbers), fax number, email address, occupation, age, gender, relationship/marital status, race, nationality, religion, information about dependents (such as their relationship to you, name, address and phone number, identification card/passport number, date of birth, age, gender), personal health information (including medical history and records), and images (such as photographs) (collectively referred to as “Personal Data”). By voluntarily providing your Personal Data, you consent to our collection, use, and processing of your Personal Data.

You hereby acknowledge that the Personal Data provided by you is accurate, complete, not misleading, and up-to-date and that it is necessary for us to provide our services to you and to establish commercial transactions between you and us. Should you choose not to provide such Personal Data or if the data is inaccurate, incomplete, misleading, and/or not up-to-date, ITT may not be able to provide you with either (i) the requested services, or (ii) the desired level of services.

The Personal Data processed by us may also include third-party Personal Data (such as related persons, dependents, and/or next of kin) (“Third Parties”) provided by you to us. This Notice applies to such Third Parties, and you hereby represent and warrant to ITT that (i) the Third Parties have given their consent, or (ii) you have the authority or have been authorized to act and give consent on behalf of the Third Parties to provide their Personal Data to ITT for processing and disclosure as stated in this Notice, and you agree to provide a copy of this Notice to them. Providing this Notice to you is deemed as a notice to, and consent obtained from, the relevant Third Parties.

You have the option, at any time, to not provide your Personal Data (including the Personal Data of Third Parties) or to withdraw your consent for ITT to process such Personal Data. However, failure to provide the Personal Data or your withdrawal of consent may result in ITT being unable to provide products and services to you (i) at all if the Personal Data is mandatory, or (ii) effectively and continuously if the Personal Data is optional. The same applies in relation to Third Parties’ Personal Data.

PURPOSE OF PERSONAL DATA COLLECTION AND PROCESSING
We will process your Personal Data in relation to commercial transactions for the following purposes:

  • to process Umrah packages and services, tourism packages, and/or tickets requested by you;
  • to process travel arrangements, visas, hotel accommodations, flight and transportation arrangements;
  • to maintain your account with us and to communicate with you regarding your account or the Umrah or tourism packages and/or tickets you have requested;
  • to verify your identity, respond to requests, update your records, facilitate payment processes related to customers, process payments, invoices, receipts, collect debts, and deliver requested products or services during our regular business operations;
  • to establish and manage ITT’s internal record management;
  • to initiate debt recovery proceedings against defaulters;
  • to report personal data to relevant authorities and/or third parties under applicable tourism industry laws;
  • to conduct research and analysis to improve our service quality;
  • to administer and respond to requests, inquiries, complaints, and legal issues;
  • to market, advertise, and communicate with you regarding our products, services, events, and/or promotions;
  • to comply with legal obligations and regulations that ITT must follow in conducting its business;
  • for internal education and training purposes;
  • for internal investigations, audits, or security purposes;
  • to enforce rights and obligations under contracts and laws;
  • for any other purpose necessary or directly related to the above purposes.

If there are purposes for processing your Personal Data other than those stated above, we will inform you and obtain your written consent before such processing takes place.

DISCLOSURE OF PERSONAL DATA (WITHIN AND/OR OUTSIDE MALAYSIA)
Your Personal Data is confidential. However, in order to provide the required services, your Personal Data will be disclosed or may be disclosed to certain parties. You hereby consent and authorize us to disclose your Personal Data (within and/or outside Malaysia) to:

  • The Ministry of Tourism and Culture Malaysia or any authority or body established by the Ministry and other relevant government departments such as the Immigration Department of Malaysia;
  • Hotels, airlines, ground operators, insurance companies, service providers, or third parties appointed by us to provide services to you on our behalf;
  • Third parties appointed by us to provide services to us or on our behalf (such as auditors and lawyers);
  • Third Parties as mentioned in any of our forms, agreements, and/or related documents;
  • Relevant parties where disclosure is required under law, court order, or regulatory body or to comply with applicable legal processes;
  • Foreign governments or embassies for visa, permit, or travel authorization processing;
  • Law enforcement agencies, including local police.

If there are other third parties apart from those stated above for the disclosure of your Personal Data, we will inform you of the purpose and the parties to whom your Personal Data will be disclosed and obtain your written consent before any such disclosure.

If your Personal Data is transferred to any location outside Malaysia, we will ensure that your Personal Data will be processed according to the provisions of the Act and any applicable personal data protection laws of the country to which it is transferred. If there is no personal data protection law in that country or if the existing law provides less protection than the Act, we will ensure that your Personal Data is not processed in a way that violates the Act.

RETENTION OF PERSONAL DATA
We will retain your Personal Data only for as long as necessary to fulfill the purposes for which it was collected or to comply with legal and regulatory requirements as well as internal requirements according to our personal data retention policy. Thereafter, we will destroy or permanently delete your Personal Data.

RIGHT OF ACCESS AND/OR CORRECTION TO PERSONAL DATA
You have the right to:

  • check whether we hold your Personal Data and request access to it at any time;
  • correct any inaccurate, incomplete, or outdated Personal Data;
  • withdraw consent for us to process your Personal Data (in whole or in part) via written notice, subject to contractual terms and any legal restrictions;
  • contact us to object if your Personal Data is used for marketing purposes.

 

If you wish to request access to or correct your Personal Data or limit its processing, all inquiries or complaints can be directed to:

Irkaz Travel & Tours Sdn Bhd
L01-05, Menara UOA Bangsar, 5, Jalan Bangsar Utama 1, 59000 Kuala Lumpur
Tel: +603 27010100
Email: salam@irkaztravel.com

You are required to make any request in writing for security and verification purposes. In accordance with the Act, we will impose a fee as stipulated under the Act for any Personal Data access request made by you.

If we refuse your request to access and/or correct your Personal Data, the reasons for the refusal will be communicated to you.

CHANGES TO PERSONAL DATA
We are required under the Act to ensure that your Personal Data is accurate, complete, and up-to-date. Therefore, if there are any changes to your Personal Data, you must contact us directly via the contact details provided above.

MODIFICATION OF THE NOTICE
We will review and update this Notice from time to time based on amendments made to the Act. The latest version of the Notice will be available to you upon request at the address stated above or can also be found on our website at www.irkaztravel.com. Your continued acceptance and/or receipt of our services and/or continued use of our website after any modifications or changes to this Notice will signify your acceptance of those modifications or changes.